Rabu, 9 Februari 2011

COKLAT YANG MENAWAN

HITAM-HITAM SI TAMPUK MANGGIS,
BUNGA MELATI DIATAS PETI,
HITAM-HITAM SI HITAM MANIS,
MANIS DIBIBIR ROMANTIS DI HATI,


Mencari hadiah istimewa sebagai cenderahati?? carilah coklat.. dengan pelbagai
bentuk, warna dan pilihan rasa, coklat hadir saling menepati citarasa. Menjadi
pilihan yang tepat jika anda menjadikannya sebagai cendermata eksklusif buat para
tetamu di majlis anda.





COKLAT SI HITAM MANIS, CUKUP TERKENAL DENGAN SIFATNYA YANG MAMPU MEMBERIKAN KEPUASAN YANG SUKAR UNTUK DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA.

pendek kata, siapa yang merasanya sahaja mampu mengetahui nikmat kepuasan yang
dimaksudkan. Mampu menenangkan jiwa yang dalam keresahan, coklat juga sering
dikaitkan dengan lambang kemewahan dengan gaya 'penampilannya' yang tersendiri.

manisan yang mampu diterima ramai dan segenap lapisan masyarakat, coklat mampu menjadi
pilihan yang tepat untuk dijadikan pilihan cenderhati yang cukup eksklusif jika kena
gaya dekorasi yang diberikan.
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dalam menghias, bekas-bekas coklat cenderhati turut perlu dititiberatkan. Haruslah
dipilih bersesuaian dengan ciri-cirinya sebagai penebat dalam mengawal suhu keliling
agar coklat tidak mudah cair dan rosak.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan